Langkau ke kandungan utama

Esei : Menunggu Buku Terbit dalam NYT

Esei dari Rachel Donadio, editor di Book Review dalam NYT.

Saya boleh jumpa banyak poin-poin yang memang selari dengan pengalaman kita di Malaysia - mungkin tidak 100%, tetapi hampir dekat.

Esei ini cuba menerangkan kenapa proses penerbitan buku masih dikira perlahan, dikala kita ada kemajuan pesat dalam teknologi penerbitan dan percetakan.

Soalan pertama, kenapa buku lambat terbit?

“It’s not the technology that’s the problem; it’s the humans that are the problem,” said Jonathan Karp, the publisher of Twelve,


Halangan utama adalah proses pemasaran yang perlu kepada kerjasama dari pelbagai pihak. Sebaik sahaja editorial dapat monuskrip atau pengarang, ia perlu 'dijual' kepada pihak pengurusan. Kemudian monuskrip tadi akan dijual kepada pemasaran dan pihak jualan, untuk maklumbalas dalaman. Jika tidak memuaskan hati, ia akan 'dijaja' kepada purchaser di kedai buku untuk mendapatkan respon mereka pula. Setelah dapat keyakinan dari pelbagai pihak, berulah monuskrip tadi akan diproses menjadi buku. Kadang-kala berlaku juga proses yang sebaliknya, editor 'menjual' secara tergesa-gesa kerana tarikh penerbitan sudah terlalu hampir. Semua langkah ini melibatkan faktor manusia.

Setelah terbit, buku perlu kepada 'word of mouth'.

Ada berpuluh-puluh buku yang terbit dalam setiap bulan di Malaysia. Saiz kita masih kecil, tetapi dikira sudah kompetatif. Ambil contoh pasaran novel cinta Melayu yang didominasi oleh penerbit seperti Alaf21, dan Creative Ent. Dulu, kedua-dua powerhouse ini menerbitkan 2 hingga 3 tajuk setiap bulan. Kini, pasaran novel cinta menerima lebih dari 20 tajuk baru sebulan dari pelbagai penerbit indie, dan self-publish . Pembaca tegar mungkin membeli sekitar 2-3 tajuk sahaja sebulan, dan menghadapi pilihan yang begitu banyak. Sesetengah seksyen buku adalah terlalu bisng (too much noise). Bagaimana satu-satu tajuk ini mahu menonjolkan dirinya di rak buku dalam kedai?

“We live in an impatient society and have a throwaway Kleenex culture, so it takes time to get over the noise barrier,” said Nan Talese, the publisher of Nan A. Talese/Doubleday.

Jawapannya, penerbit akan memilih buku dari pengarang yang sudah popular dan ada rekod jualan. Ini lebih mudah dari memperkenalkan penagarang baru, atau topik baru yang belum tentu ada pembacanya. Penulis baru, dan topik baru akan memakan masa sebelum dapat diterima oleh pembaca.

Di kedai pula, buku perlu dapat lokasi dan pameran yang baik.

Dari editor, kepada salesman, dan juga pemasaran - akan cuba berkonspirasi untuk mendapatkan display yang bagus. Salesman dan editor, akan cuba meyakinkan purchaser di kedai buku - bahawa tajuk ini boleh hit. Pemasaran akan cuba dapatkan slot & ruang dari bahagian pemasaran kedai untuk tajuk yang dikira 'kuat'. Ini semua kita lakukan di pasaran tempatan. Pencapaian tertinggi kita adalah bila tajuk itu terpilih untuk window display!

Proses ini lebih sukar dan panjang di negara maju. Mereka menggunakan radio, TV, akhbar dan majalah. Mereka menjual buku tadi kepada chain bookstore jauh kehadapan. Mereka masuk ke hipermarket dengan edisi paperback. Dan mereka cuba mendapatkan tarikh pelancaran yang strategik supaya tidak bertembung dengan tajuk yang serupa (sama seperti bisnes wayang gambar).

Dalam soal memilih tarikh terbit ini (terutamanya dalam musim pilihanraya sekarang);

Nan Graham, the editor in chief of Scribner, said she was releasing very little fiction from July to January. “I’m never publishing a novel in the fall of an election year,” she said. “I feel bad about every single person whose novel I published in the fall of ’04 because they absolutely got no attention or no sales.


Bercakap soal buku musim pilihanraya, kita juga sudah hampir dengan pilihanraya. Mana bukunya?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya mempunyai buku motivasi pelajar ( 160 mukasurat) yg sudah siap dicetak ... boleh encik cadangkan apakah peluang saya untuk mengembangkan pemasaran buku ini
Arief Hakim berkata…
Sdr Wan, ada 2 cara yang biasa digunakan oleh penulis;

Satu, terbitkan buku dibawah penerbit yang sesuai dan mempunyai jaringan distribusi yang baik.

Dua, ambil jalan self publishing, dan menggunakan teknik internet marketing yang sesuai. Saya ada nampak ramai penulis novel self publish dan berjaya menjual bukunya dalam kuantiti yang baik. Saya sendiri belum ada pengalaman internet marketing yang boleh dikongsi.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Ejaan yang betul "manuskrip"!

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada