Langkau ke kandungan utama

Hipermarket - Pasar baru untuk buku?

Saya ada bercakap dengan seorang konsultan yang bisnesnya mencari lokasi retail untuk pelanggannya.

Perbualan ini ternyata menarik kerana beliau memberi beberapa maklumat mengenai keadaan pasaran retail hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini beliau banyak menempatkan pelanggannya di mall. Namun, akhir-akhir ini beliau mula memberikan fokus kepada hipermarket dan beberapa pelanggan beliau sudah mula menempatkan outlet mereka di hipermarket. Dengan keadaan ekonomi yang semakin perlahan, beliau mendapati trafik pembeli mula perlahan di kebanyakkan mall. Hanya mall terbaik seperti Midvalley, KLCC dan Sunway Pyramid masih mengekalkan trafik mereka.

Faktor utama pelanggannya memilih untuk membuka outlet di hipermarket adalah kerana kenaikan trafik pembeli di hipermarket akhir-akhir ini. Ini banyak diulas dalam kolum di akhbar bisnes kerana kesan downgrade oleh pengguna kepada produk yang lebih murah.

Selain dari itu, desain hipermarket yang terkini sudah mula memasukkan konsep one stop center - yang pembeli boleh mendapat pelbagai servis selain dari membeli bahan keperluan harian di hipermarket itu. Contohnya, kini ada pejabat pos, kedai gunting rambut, dan farmasi di hipermarket - ini semua adalah servis-servis bentuk utiliti yang penting dalam urusan harian.

Kini, hipermarket yang moden dan besar sudah boleh dianggap sebagai mall bersaiz mini. Hanya aspek seperti hiburan tidak boleh didapati di hipermarket - panggung wayang, pusat karaoke dan laman bowling. Yang pasti, untuk urusan harian, hipermarket sudah boleh dikatakan memenuhi keperluan kebanyakkan orang.

Ini juga membawa kepada cadangan bahawa kedai-kedai buku patut melihat lokasi retail di hipermarket dengan serius. Kita sudah ada beberapa kes yang sangat berjaya contohnya seperti outlet Popular Bookstore di Tesco Ampang, dan MPH Bookstore di Tesco Sungai Petani. Kuncinya adalah pemilihan produk (merchandising) yang betul dengan pasaran pembeli hipermarket.

Mall ada kes yang kuat, contohnya dari segi jumlah jualan perkaki persegi yang tinggi. Ada yang boleh mencapai sehingga Rm100/kaki persegi. Manakala kes terbaik di hipermarket hanya memberikan kira-kira rm75/kaki persegi. Tetapi, dalam waktu yang semakin sukar kini, kita perlu mencari pasaran baru walaupun di tempat yang dulunya tidak begitu menarik.

Seterusnya, kita lihat dari aspek dari segi pembukaan outlet baru dan perluasan rangkaian runcit. Maklumat dari teman saya itu mengatakan yang pembukaan mall baru dalam tahun 2009 hampir pasti akan turun ke sifar. Semua pemaju membekukan projek mereka, dan mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebaliknya, hipermarket giat membuka outlet baru, dan membuka pasaran di kawasan sub urban yang masih padang hijau. Semua lokasi baru ini menjanjikan apsaran baru untuk kedai buku.

Saya meminta semua pihak yang terlibat dalam aspek pembangunan perniagaan kedai buku melihat sekali lagi potensi yang ada di hipermarket.

Tidak ada jaminan yang prestasi mall akan kekal terus di zaman sukar ini. Tetapi, ada harapan yang Hipermarket boleh menjadi pasar baru kepada buku.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tuan Arief,

Saya mencadangkan agar PTS mengadakan pameran bergerak di hipermarket seluruh Malaysia. Mungkin boleh mula dengan Lembah Klang dulu.

- Ashadi Zain
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas idea ini.Saya ada membuka kedai menyewa buku di Bandar Baru Bangi dan saya rasa idea untuk membuka cawangan di hipermarket amat menarik sekali.Sungguh sesuai dengan 'target market' saya iaitu penggemar buku yang mencari 'bargain' bagi bahan bacaan mereka. Terima kasih sekali lagi di atas idea yang bernas ini :)

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada