Langkau ke kandungan utama

Suridah Jalaludin, dalam TheExchange TV3 jumaat lepas.

Saya mengikuti temuramah beliau didalam TV3 pada hari Jumaat lepas.

Ada beberapa perkara yang menarik kepada saya dalam temuramah beliau.

Big Tree diasaskan oleh Suridah pada tahun 1994, dengan pelabur utama terdiri daripada Sunnetic Sdn. Bhd. (56 peratus), CIMB Private Equity (5 peratus) dan Eye Corp Australia (30 peratus).

Soalan, kenapa BigTree menjual sahamnya kepada Media Prime?

Ada lebih dari 50 syarikat yang terlibat didalam bidang pengiklanan outdoor ini.

MP adalah pelabur strategik, bukan sekadar kewangan. Selain itu, menjadi sebahagian dari anak syarikat MP ada kelebihan lain seperti;
  • Peluang untuk Staf BigTree berkembang luar dari bidang pengiklanan outdoor, ke bahagian-bahagian lain dalam kumpulan MP.
  • Masuk kedalam organisasi korporat yang besar adalah satu proses pembelajaran bagi dirinya dan juga bigTree.
  • Kerjasama strategik dengan syarikat media yang paling besar di Malaysia, ini membuka peluang kepada BT untuk pergi ke akaun-akaun pengiklanan baru yang sebelum ini diluar jangkauan BT.
Kemasukan MP kedalam BT juga memberikan kekuatan kepada mereka untuk melakukan konsolidasi dalam pasaran pengiklanan outdoor. BT mungkin dijadikan platform untuk MP membeli beberapa lagi pemain pengiklanan outdoor tempatan.

Bila ditanya, apakah cabaran paling besar di hadapi oleh BT?

Pada beliau, peiklanan outdoor sangat-sangat memerlukan research. Ini berbanding dengan pengklanan TV dan Radio yang banyak telah banyak dikaji. Dengan data research yang lebih baik, akan memberikan pembeli iklan lebih keyakinan untuk menggunakan medium pengiklanan outdoor.

Tentang soalan, apa langkah seterusnya untuk BT?

Pada beliau, banyak lagi kawasan yang belum BT terokai di Malaysia. Contohnya pasaran Pantai Timur, Johor, Sabah & Sarawak masih belum diterokai dengan meluas oleh BT.

Selain itu, penggunaan teknologi baru dalam pengiklanan outdoor seperti skrin LCD akan membolehkan penggunaan ruang yang lebih efisyen.

Setakat ini, rancangan BT masih bernada lokal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...