22 November, 2006

Wilayah selatan Thailand mula gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tambahan.

Dari BH hari ini, selatan Thailand mula gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tambahan. Langkah ini dimasukkan dalam pakej perdamaian yang diusahakan untuk wilayah itu. Mungkin 5 tahun dari sekarang, penerbit Malaysia akan mula bertandang ke selatan Thailand, seperti mana kita membuat servis ke Singapore dan Brunei sekarang.

------------

BANGKOK: Thailand memutuskan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan di wilayah yang didiami majoriti penduduk Islam di selatan negara itu, kata jurucakap semalam.

“Kerajaan meluluskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tambahan untuk pekerjaan dan memastikan penghantaran secukupnya pegawai kerajaan mahir bertutur bahasa itu.

“Kami mengarahkan pegawai belajar atau berlatih berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” kata jurucakap kerajaan, Yongyuth Mayalarp.

Keputusan itu usaha terbaru junta yang menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra September lalu, bagi mengendurkan ketegangan di rantau itu yang menyaksikan lebih 1,600 orang terbunuh sejak tiga tahun lalu.

Penerimaan bahasa Melayu dikenali penduduk tempatan sebagai Yawi, satu daripada tuntutan utama dibuat Suruhanjaya Perpaduan Kebangsaan pada tahun ini.

Suruhanjaya itu dilantik Thaksin untuk mencadangkan langkah mengembalikan keamanan di rantau itu. – AFP

Tiada ulasan: