Berita dalam Thestar, pengumuman satu perjanjian yang ditandatangani antara penerbit musik dan juga label di malaysia.
Isi utama perjanjian ini adalah untuk memudahkan kedai musik digital di Malaysia, mendapatkan hak jualan pelbagai jenis musik yang ada di pasaran.
Sandy Monteiro, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) chairman said: “It is a blanket agreement between the publishers and labels to simplify the rights process.
“Prior to this MoU, a digital music retailer would have to sign about 15 different contracts with various labels and publishers from 27 different countries for the rights to a song. Now they just have to sign one,” he said.
Saya masih cuba memahami mengapa pengurusan hak musik ini terlalu kompleks, seperti yang dikatakan oleh Sandy Monteiro.
Saya pasti jika ada kedai musik digital di Malaysia yang mahu menjual album-album yang diterbitkan di luar negara (atau dalam negara sekalipun) mesti mendapatkan hak jualan itu dulu. Tetapi kenapa keperluan untuk dapat 15 kontrak dari pelbagai penerbit, jika yang hanya mahu dijual itu adalah 1 lagu sahaja?
Ulasan
Satu lagu boleh jadi banyak kontrak yang perlu ditandatangani kerana ada banyak pihak yang terlibat seperti:
a) Penulis lirik
b) Pencipta lagu
c) Para pemuzik
d) Para penyanyi
Tambah pula para empunya:
a) Hak penerbitan asal
b) Hak penerbitan mengikut negara