Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Mungkinkah Pengajaran Sains dan Matematik Kembali Ke Bahasa Melayu?

Berita mula berbunyi di kalangan penerbit buku teks & buku latihan sekolah, yang pengajaran Sains & Matematik akan kembali ke bahasa Melayu. Selain menjanjikan bisnes baru kepada para penerbit buku, berita ini juga menimbulkan banyak pening kepala. Penerbit yang terlibat terpaksa bersiap sedia untuk menghadapi pertukaran ini; Mana-mana bahan yang disediakan dalam bahasa Melayu untuk silibus lama, perlu disemak dan dikemaskini - manalah tahu jika benar-benar terjadi. Ini dibuat supaya mereka dapat menjadi penerbit yang first on market . Selain itu juga, mereka juga terpaksa bersedia menghadapi return dari kedai buku. Ini perlu diurus dengan teliti. Saya fikir ramai penerbit akan mengawal pesanan dari kedai buku pada hujung tahun ini, untuk memastikan tiada return yang melampau jika perubahan ini benar-benar berlaku. Pendapat saya, sains & matematik mesti diajar dalam bahasa ibunda supaya penyampaian ilmu boleh berlaku dengan optimum. Pengajaran bahasa (apa bahasa sekalipun

Falasi Yang Media dan Orang Politik Perlu Hentikan.

Satu falasi yang tidak habis-habis diulang "Orang Malaysia (kalau topik Melayu, tukar dengan orang Melayu) tidak baca buku", atau variasi yang seumpama dengannya. Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pagi ini juga diulang lagi. Fakta ini sudah ketinggalan dan sama sekali tidak refleksi kepada dunia buku hari ini. Ada banyak trend dalam pasaran yang menyatakan bahawa pembacaan dan industri buku berkembang baik di Malaysia; 1) Jumlah buku yang terbit 4 tahun lepas kita hanya menerbitkan sekitar 6 ribu tajuk setahun, tahun 2007 menunjukkan yang kita sudah capai 14 ribu tajuk. Statistik buku terbit dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Masih jauh dari sasaran untuk menjadi negara maju buku sekitar 22 ribu tajuk setahun, tetapi arahnya sudah kesana. 2) Jumlah kedai buku semakin banyak Saya tidak ada statistik tepat, tetapi sebagai orang industri kami boleh katakan bahawa kedai buku korporat seperti MPH, Borders, Popular dan Times membuka cawangan baru setiap tahun. Palin

Offline Gmail - Sah wujud!

Semasa Pesta Buku kelmarin, saya dapat melihat ke dalam laptop wakil dari Google Inc. Saya nampak Gmail edisi dalaman yang digunakan oleh kakitangan Google. Memang berbeza, dengan akses offline dan beberapa perubahan kosmetik - lebih cantik dan menarik. Beliau menggunakan browser mozilla 2 untuk mengakses akaun Offline Gmail ini. Menurutnya, edisi ini dibina dengan menggunakan Google Gears. Beliau jangka edisi Offline Gmail akan datang kepada pengguna Gmail (consumer) dulu, dan kemudiannya barulah pengguna Google Apps (business). Penggunaan offline untuk semua applikasi dalam suite Google Apps ini memang diidam-idamkan oleh ramai pengguna.

Laskar Pelangi - Novel fenomenal di Indonesia.

Laskar pelangi - Novel fenomenal dari Indonesia. 35 ribu naskah terjual setiap bulan. Sebab apa? saya tidak tahu. Malah pengarangnya juga terkejut dengan populariti novel ini. Peminat beliau ada pelbagai teori, yang cuba menjelaskan daya tarik buku ini. Ada rakan-rakan yang menghubungi saya selepas Pesta Buku, komplen kenapa acara ini tidak dihebahkan dengan meluas. Saya mohon maaf, kerana acara ini asalnya tidaklah dirancang besar. Lebih kepada kumpulan pembaca dan peminat beliau sahaja. Paling penting, beliau akan datang sekali lagi ke Malaysia, sebaik sahaja filemnya diluncurkan ke bioskop! Tonton video temuramah beliau di channel Youtube PtsDotTV . Dan, satu lagi video

Majalah teknologi bahasa Melayu meningkat naik.

Ada berita yang menyatakan bahawa majalah teknologi dalam bahasa Melayu sedang meningkat naik. Dari segi peningkatan, memanglah bukan spektakular - sekitar 5-6% setahun untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Kalau dibandingkan ini kepada berita jatuhnya jualan akhbar perdana dalam bahasa Melayu, ini berita yang baik. Apa yang menyebabkan trend senyap ini? Saya fikir kadar penggunaan internet di kalangan pembaca Melayu muda merupakan faktor utama yang mendorong peningkatan jualan majalah teknologi. Kedua, wujudnya pembaca baru. Saya percaya pembaca majalah teknologi ini ialah lelaki. Baiknya, satu kumpulan pembaca baru sudah bercambah. Dulu, majoriti pembaca majalah adalah wanita. Memenuhi keperluan pembaca majalah lelaki akan jadi Blue Ocean kepada penerbit majalah bahasa Melayu. Apa kesannya dari segi jangka panjang? Kalau benar faktor pertama itu yang menjadi pendorong utama kepada jualan majalah teknologi, maka semua penerbit dan media mesti ambil perhatian - penggunaan internet se

MECD - Apa bantuan yang industri boleh mohon?

Pada Pesta Buku yang lepas, Datuk Saifuddin, Timbalan Menteri MECD ada membuat pertemuan dengan wakil-wakil dari industri buku. Soalan beliau, di tafsir semula "Apa yang MECD dan agensi-agensi dibawahnya boleh lakukan untuk membangunkan industri buku di Malaysia?" Sebagai latarbelakang kepada pembaca, saya senaraikan beberapa persatuan yang releven dalam konteks bantuan dari MECD. Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) www.mabopa.com.my Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia Persatuan Kontraktor Buku Malaysia - ahlinya terdiri dari pembekal buku kepada perpustakaan dan agensi kerajaan. Persatuan Pencetak Bumiputera Dewan Industri Buku Melayu Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera (dulunya pernah wujud sebagai IKATAN). Usaha ini akan dikoordinasikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), sebagai agensi kerajaan bawah Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab untuk mengembangkan industri buku di Malaysia. Ad

Google Book Search - Malaysia tangga ke 12.

Pada Pesta Buku baru ini, MABOPA menganjurkan seminar teknologi Google Book Search GBS untuk penerbit tempatan. Antara fakta menarik yang kita dapat tahu; 1) Ada lebih dari 1.5 juta tajuk buku yang telah dimasukkan oleh penerbit dalam sistem ini sekarang. 2) Ada lebih kurang 5000 tajuk buku dari Malaysia telah live dalam sistem. Sebagai bandingan, penerbit Indonesia telah memasukkan lebih dari 20,000 tajuk dalam GBS. Respon penerbit Indonesia jauh lebih entusiatik berbanding penerbit Malaysia, walaupun sebenarnya mereka bermula beberapa bulan di belakang kita dalam hal ini. Untuk pengguna bahasa Melayu, ini adalah berita baik. Kini anda sudah boleh mendapat keputusan carian yang releven dan berkualiti. Lebih banyak buku bahasa Melayu dalam GBS, lebih baik pengalaman penggunanya nanti. Yang pasti, masih ada lagi penerbit Malaysia yang masih belum memahami kepentingan Search dalam internet. 3) Malaysia menduduki tangga ke 12 dalam senarai pengguna paling aktif. Sebagai bandingan; China :

Pesta Buku selesai - dan post mortem akan bermula.

Pesta Buku 2008 selesai. Semua AJK penganjur dapat melepaskan penat selepas bertungkus lumus selama beberapa bulan. Saya sendiri bertugas sebagai pengerusi JK Aktiviti, yang skop tanggungjawabnya adalah mempromosi dan mengkoordinasi aktiviti sepanjang pesta ini. Antara yang menarik kali ini; 1) Jumlah gerai. Pesta Buku ini lebih besar. Tahun 2007 kita ada 600+ gerai. Tahun ini ada 700+ lebih gerai. Banyak peserta yang telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian lagi, dan mungkin akan membesarkan gerai mereka dalam tahun 2009 nanti. 2) Jumlah pengunjung. Data tidak rasmi menunjukkan kita mendapat lebih dari 1.5 juta pengunjung. Dalam tahun 2007 kita mendapat 1 juta pengunjung. Pesta Buku ini sudah sebesar PC Fair atau MATA sekarang. 3) Dewan semakin bertambah. Kita mula mengambil dewan baru untuk akomodasi lebih ramai peserta. Pada awalnya ramai menjangkakan yang Dewan Tun Razak 2 ( terletak di seberang sungai ) akan gagal, tetapi sebaliknya dewan TR2 telah berjaya dengan baik.