Langkau ke kandungan utama

Majalah teknologi bahasa Melayu meningkat naik.

Ada berita yang menyatakan bahawa majalah teknologi dalam bahasa Melayu sedang meningkat naik. Dari segi peningkatan, memanglah bukan spektakular - sekitar 5-6% setahun untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini.

Kalau dibandingkan ini kepada berita jatuhnya jualan akhbar perdana dalam bahasa Melayu, ini berita yang baik.

Apa yang menyebabkan trend senyap ini?

Saya fikir kadar penggunaan internet di kalangan pembaca Melayu muda merupakan faktor utama yang mendorong peningkatan jualan majalah teknologi.

Kedua, wujudnya pembaca baru. Saya percaya pembaca majalah teknologi ini ialah lelaki. Baiknya, satu kumpulan pembaca baru sudah bercambah. Dulu, majoriti pembaca majalah adalah wanita.

Memenuhi keperluan pembaca majalah lelaki akan jadi Blue Ocean kepada penerbit majalah bahasa Melayu.

Apa kesannya dari segi jangka panjang?

Kalau benar faktor pertama itu yang menjadi pendorong utama kepada jualan majalah teknologi, maka semua penerbit dan media mesti ambil perhatian - penggunaan internet semakin meluas, sudah masuk ke kawasan yang lebih kecil. Jika banyak pembaca muda menggunakan medium ini secara eksklusif, habit konsumsi media akan berubah. Semakin kurang yang membeli akhbar bercetak, dan tidak lagi menonton Berita Utama TV3 contohnya.

Kalau lelaki mula membeli majalah (dulunya, majoriti pembeli majalah ialah wanita), maka kita akan lihat syarikat penerbitan majalah di Malaysia melancarkan tajuk-tajuk baru yang khusus kepada lelaki. Mungkin sudah sampai masanya untuk mencari topik-topik baru yang boleh menarik pembaca lelaki, selain sukan, teknologi, ketenteraan, otomotif, agama.

Asal sahaja jangan Playboy masuk pasaran kita selepas Indonesia!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...