Langkau ke kandungan utama

Falasi Yang Media dan Orang Politik Perlu Hentikan.

Satu falasi yang tidak habis-habis diulang "Orang Malaysia (kalau topik Melayu, tukar dengan orang Melayu) tidak baca buku", atau variasi yang seumpama dengannya. Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pagi ini juga diulang lagi.

Fakta ini sudah ketinggalan dan sama sekali tidak refleksi kepada dunia buku hari ini.

Ada banyak trend dalam pasaran yang menyatakan bahawa pembacaan dan industri buku berkembang baik di Malaysia;

1) Jumlah buku yang terbit
4 tahun lepas kita hanya menerbitkan sekitar 6 ribu tajuk setahun, tahun 2007 menunjukkan yang kita sudah capai 14 ribu tajuk. Statistik buku terbit dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Masih jauh dari sasaran untuk menjadi negara maju buku sekitar 22 ribu tajuk setahun, tetapi arahnya sudah kesana.

2) Jumlah kedai buku semakin banyak
Saya tidak ada statistik tepat, tetapi sebagai orang industri kami boleh katakan bahawa kedai buku korporat seperti MPH, Borders, Popular dan Times membuka cawangan baru setiap tahun. Paling menarik, mereka kini sudah ada di kawasan yang dulunya tidak diberi perhatian seperti seperti Kota Bharu, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu. Dulu hanya tertumpu di Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang. Ini belum lagi dikira kedai buku tempatan.

3) Pesta buku semakin besar dari tahun ke tahun.
Pengunjung naik dari 1 juta dalam tahun 2007, kepada 2 juta dalam tahun 2008. Jumlah kedai naik dari 600 (2007) ke 700 (2008). Pesta Buku adalah refleksi kepada perkembangan pemain industri buku tempatan.

4) Nilai jualan industri semakin naik.
Tidak ada data tepat, tetapi risikan kami dalam industri menunjukkan banyak penerbit yang semakin berkemnbang, menambah kakitangan dan membesarkan jumlah produk yang dihasilakan setiap tahun. Tahun ini juga menyaksikan penerbit buku mula melabur untuk mengiklan dalam TV dan radio. Ini semua tanda-tanda bahawa bisnes penerbitan buku semakin rancak.

5) Statistik membaca
Sudah naik dari asalnya 2 halaman setahun dalam era 80-an, kepada 2 buah buku setahun dalam akhir tahun 90-an. Ini peningkatan kuantum dalam habit pembacaan orang ramai hari ini.

Semua trend ini menunjukkan yang industri ini berkembang secara senyap.

Yang pasti, kelemahan kita adalah dari segi PR.
Apa tindakan kita untuk membetulkan persepsi media dan juga ahli politik?
Bagaimana kita dapat bentuk persepsi baru dalam masyarakat?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Orang Msia dah tak baca buku.

Itu realiti.

Mereka surf internet baca artikel dan blog.

Mcm saudara buat sekarang.
Unknown berkata…
Biarkan tabiat senyap ini mengubah budaya. Lama-lama menjadi resam budaya.
Tanpa Nama berkata…
Masih ramai yang tidak tahu wujudnya Hari Buku Sedunia. Yang sedihnya, mereka yang terlibat secara langsung dengan buku pun tidak tahu yang wujudnya hari tersebut.
23 April setiap tahun adalah hari buku sedunia.
Tanpa Nama berkata…
Falasi ini adalah disebabkan tidak melakukan kajian.

- Ashadi
Arief Hakim berkata…
Saya percaya yang konsumsi bahan bacaan pendek dari internet (atau yang sama sepertinya; majalah, akhbar) tidak menyebabkan bahan bacaan panjang (buku) jatuh. Kesan 'long tail' internet sendiri menyebabkan buku mendapat nafas baru.

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...