Pesta Buku 2008 selesai. Semua AJK penganjur dapat melepaskan penat selepas bertungkus lumus selama beberapa bulan. Saya sendiri bertugas sebagai pengerusi JK Aktiviti, yang skop tanggungjawabnya adalah mempromosi dan mengkoordinasi aktiviti sepanjang pesta ini.
Antara yang menarik kali ini;
1) Jumlah gerai.
Pesta Buku ini lebih besar. Tahun 2007 kita ada 600+ gerai. Tahun ini ada 700+ lebih gerai. Banyak peserta yang telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian lagi, dan mungkin akan membesarkan gerai mereka dalam tahun 2009 nanti.
2) Jumlah pengunjung.
Data tidak rasmi menunjukkan kita mendapat lebih dari 1.5 juta pengunjung. Dalam tahun 2007 kita mendapat 1 juta pengunjung. Pesta Buku ini sudah sebesar PC Fair atau MATA sekarang.
3) Dewan semakin bertambah.
Kita mula mengambil dewan baru untuk akomodasi lebih ramai peserta. Pada awalnya ramai menjangkakan yang Dewan Tun Razak 2 ( terletak di seberang sungai ) akan gagal, tetapi sebaliknya dewan TR2 telah berjaya dengan baik.
Pihak penganjur membuat beberapa eksperimen konfigurasi untuk menghalakan trafik ke semua dewan dengan optimum. Akhirnya, konfigurasi yang dibuat pada hari Khamis berjaya mencapai matlamatnya. Tetapi, proses eksperimen ini bukan mudah - berlaku pelbagai pertentangan pendapat dalam AJK dan juga dengan peserta. Tetapi, formula yang dipakai untuk hujung minggu terakhir ini nampaknya memberikan hasil yang terbaik.
4) Aktiviti.
Dari segi aktiviti, banyak perkara baru dapat dilakukan pada tahun ini. Antaranya, persidangan industri buku antarabangsa (ICOBI) anjuran MAPPIM, pameran lukisan dan illustrasi di ruang legar dengan kerjasama PEKOMIK. Kemudian, pada tahun ini kita menyaksikan kehadiran pengarang dari negara jiran (Indonesia) berkunjung ke KL. Kita juga menyaksikan lebih banyak aktiviti budaya dipersembahkan di pentas, sumbangan pelbagai IPT tempatan. Dan kita juga menyaksikan beberapa seminar profesional untuk pengarang dan orang industri dianjurkan oleh pelbagai organisasi.
Kalau dilihat secara kritikal, tahun ini saya gagal memenuhkan aktiviti pentas untuk hari bekerja. Salah satu faktornya saya fikir ialah peserta kurang yakin untuk menganjurkan aktiviti di lokasi pentas yang baru.
5) Hebahan media cukup baik.
Bajet media yang diberikan kepada JK Promosi telah dibelanjakan dengan baik, dan kesannya kita dapat lihat dalam data pengunjung Pesta Buku tahun ini.
Kalau ada persoalan, saya agak kecewa dengan liputan yang diberikan oleh media semasa Pesta Buku berlangsung tahun ini. Pada tahun lepas, kami mendapat liputan yang baik semasa Pesta Buku berlangsung - tahun ini liputannya agak kecil. JK Pengajur tahun depan mesti cuba memikirkan cara untuk terus menarik perhatian media semasa Pesta Buku berlangsung - apakah cerita yang akan mengusik minat mereka.
6) Kehadiran delegasi asing.
Dianggarkan lebih dari 100 orang penerbit dari Indonesia berkunjung ke Pesta Buku kali ini. Selain delegasi besar Indonesia, ada juga delegasi dari negara ASEAN, dan juga delegasi dari penerbit MNC dunia yang hadir.
Semua trend ini memberikan tanda yang baik kepada masa depan Pesta Buku. Pesta Buku akan jadi lebih besar dan lebih penting di masa depan. Tetapi, dengan kejayaan ini juga datang beberapa isu strategik kepada Pesta Buku.
1) Pengalaman pengunjung (user experience).
Kita mengalami masa yang terlalu sesak pada hari Sabtu pertama, dan hari Sabtu kedua. Trafik melompat tinggi pada sekitar waktu tengahari sehingga menimbulkan kesesakan yang melampau di sesetengah dewan.
Dari segi jangka panjang, ini memberikan imej yang buruk. Kita khuatir ada pengunjung yang terus 'taubat' untuk datang lagi ke Pesta Buku.
2) Lokasi di PWTC sekarang.
Timbul persoalan pada pihak penganjur, adakah PWTC sudah menjadi terlalu kecil untuk acara seumpama ini. Bolehkah kita contohnya mencapai bilangan 1000 gerai di lokasi sekarang?
Adakah kita perlu pindah ke lokasi yang lebih besar? Atau kita perlu mengambil lebih banyak dewan, contohnya dewan TR1 & TR2 - bagaimana pula dengan isu aliran trafik jika hanya satu jambatan kecil menghubungkan kedua-dua lokasi utama ini.
Setakat ini, kita masih mencari lokasi alternatif yang sesuai. Pusat konvensyen di KLCC tidak boleh dipertimbangkan kerana Popular sudah menganjurkan Bookfest disana setiap tahun.
Sudah sampai masa kita perlu satu pusat konvensyen di tengah-tengah bandaraya yang besar, mudah dicapai dengan pengangkutan awam, dengan kos yang berpatutan untuk menganjurkan pelbagai expo yang besar.
3) Pihak penganjur.
JK penganjur terdiri dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan juga sukarelawan dari industri buku. Ramai sukarelawan ini adalah para pengurus dari syarikat-syarikat penerbitan, yang berkerja atas dasar sukarelawan, dan percaya bahawa sumbangan mereka adalah untuk memajukan lagi industri buku di Malaysia.
Apabila Pesta Buku menjadi begitu besar, tugas sukarelawan ini menjadi semakin besar. Sampai satu masa, kita memikirkan bahawa Pesta Buku mesti diurus oleh kumpulan profesional & kakitangan sepenuh masa, bukan lagi 'part-timer' - seperti mana pesta buku antarabangsa lain di seluruh dunia.
Hanya dengan cara ini kita dapat mengekalkan prestasi Psta Buku, dan memperkembangkan jenama ini ke arena serantau dan antarabangsa.
4) Orientasi Pesta Buku
Pesta buku kita sifatnya masih 'pasar' - dengan aktiviti jual beli runcit yang aktif. Penerbit membawa artis popular datang untuk menarik perhatian pengunjung. Hari terkahir, macam pasar malam - dengan diskaun dan tawaran hebat untuk pembaca. Aspek ini penting, kerana inilah realiti Malaysia.
Pada masa hadapan, kita perlu juga membangunkan pesta buku yang sifatnya lebih 'trade fair' - dengan ciri utama dimana peserta dan pengunjung melakukan aktiviti bisnes secara B2B. Antara aktiviti utamanya adalah promosi kepada merchandiser dan buyer, jualan hak terjemahan, hak subsidiari dan hak penerbitan, promosi pengarang baru dan memperkenalkan konsep penerbitan yang baru.
5) Satu Pesta Buku atau beberapa Pesta Buku setahun.
Satu pendapat yang banyak kita dengar sekarang adalah cadangan untuk menajurkan Pesta Buku ini secara dwi tahunan.
Selain itu, sudah sampai masanya juga kita perlu mengira untuk memecahkan Pesta Buku ini kepada beberapa kategori produk utama - seperti Pesta Buku Kanak-Kanak, Pesta Buku Islam, Pesta Buku Bahasa Cina.
6) Menjadikan Pesta Buku benar-benar Malaysia.
Lebih dari 80% pengunjung yang datang ke Pesta Buku adalah orang Melayu. Pada tahun-tahun akan datang, kita mahu menarik pengnjung dari pelbagai kaum lain untuk juga datang ke Pesta Buku ini. Untuk itu, kita mesti memikirkan strategi untuk menarik penerbit bahasa Cina dan India, dan juga pengunjung dari kaum Cina dan India untuk datang ke Pesta buku ini.
Kehadiran pelbagai kaum dalam Pesta Buku akan menjadi katalis baru kepada penerbit tempatan, untuk membuka pasaran bukunya kepada kaum lain. Selama ini, mungkin penerbit bahasa melayu hanya fokus kepada pembaca dari kaum Melayu. Dengan interaksi pelbagai kaum, kita akan mendapat pelbagai idea baru yang boleh diperkenalkan dalam buku-buku baru nanti.
Ini adalah antara perkara-perkara yang pasti akan ditimbulkan dalam mesyuarat post-mortem nanti selain dari isu-isu operasi (yang pastinya banyak dan panjang). Pengerusi Pesta Buku tahun depan akan berhadapan dengan isu strategik ini, selain dari isu-isu operasi setiap tahun.
Secara peribadi, terima kasih tidak terhingga saya kepada tim tahun ini yang dipengurusikan oleh En Law King Hui dari Sasbadi, dan pengerusi bersama En Halim Ismail dari Majlis Buku, dan ahli JK Penganjur yang lain. Saya merasa bertuah dan bangga dapat bekerja dalam tim ini. Susah senang jelas kita telah pikul bersama. Jasa baik anda semua hanya Tuhan yang membalasnya.
Terima kasih saya juga kepada tim Jk aktiviti tahun ini. Sebagai tim baru, banyak cabaran yang kita tempuhi, dan banyak pelajaran yang berguna untuk kita pada tahun depan.
Apa pun, jumpa lagi tahun depan dalam Pesta Buku Antarabangsa 2009. Insyaallah.

Ulasan
- Ashadi
Buat masa sekarang lokasi yang sesuai tidak banyak. KLCC Convention Center dan PWTC.
Sekiranya ingin lebih besar terpaksa ke pinggir ibukota iaitu di Mines Convention Center.
Satu tempat yang saya rasa boleh diberi peluang adalah KL Sentral. Iaitu ruang letak kereta antara KL Sentral dan Monorail.
Pada tahun 2010, KL Sentral Convention Center akan dibangunkan, itu adalah lokasi terbaik. Jangan hingga terlepas peluang kepada kedai buku popular untuk menempah lokasi strategik ini.
ws
Syaizul
Saya pernah beberapa tahun terlibat dalam ekspo yang dianjurkan di MIECC dan jumlah pengunjung yang datang tidak begitu menggalakkan.
Saya setuju dengan cadangan sdr. Syaizul, iaitu supaya PTS atau MABOPA lekas-lekas menempah ruang pameran bagi KL Sentral Convention Center.
Di KL ini, KL Sentral adalah antara lokasi yang paling strategik dan mudah bagi sesiapa sahaja untuk mengunjunginya. STAR, Putra, Komuter... semuanya berpusat di situ.
Sekian.
- Ashadi
a) Book fair (MBKM dan Industri buku)
b) Book fest (Popular Book Co)
c) Karnival buku & pendidikan (digunakan oleh jabatan pendidikan negeri untuk pesta buku peringkat negeri)
Dari segi konsep, mungkin ada sedikit perbezaan bila ada instilah International, yang sepatutnya menunjukkan bahawa pesta buku itu disertai oleh penerbit antarabangsa.