19 April, 2008

Offline Gmail - Sah wujud!

Semasa Pesta Buku kelmarin, saya dapat melihat ke dalam laptop wakil dari Google Inc.

Saya nampak Gmail edisi dalaman yang digunakan oleh kakitangan Google. Memang berbeza, dengan akses offline dan beberapa perubahan kosmetik - lebih cantik dan menarik. Beliau menggunakan browser mozilla 2 untuk mengakses akaun Offline Gmail ini. Menurutnya, edisi ini dibina dengan menggunakan Google Gears.

Beliau jangka edisi Offline Gmail akan datang kepada pengguna Gmail (consumer) dulu, dan kemudiannya barulah pengguna Google Apps (business).

Penggunaan offline untuk semua applikasi dalam suite Google Apps ini memang diidam-idamkan oleh ramai pengguna.

2 ulasan:

fazura berkata...

camne nak dapatkan list pengedar buku dan pengimport buku kat sekitar lembah kelang

Arief Hakim berkata...

Sdr Fazura, susah juga nak cari senarai tersebut online. Ada 2 persatuan yang releven : malaysian bookseller association (MBA), untuk penjual-penjual buku dan juga Malaysian Book Exporter and Importer Association (MBEIA). Mereka ini setakat ini tidak ada website. Sebagai alternatif, Saudari boleh cuba rujuk direktori peserta pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2008.