Melalui perbincangan dengan seorang teman dalam tim Google Book Search (cuba books.google.com), saya mendapat tahu yang GBS akan mula menjual hak akses secara online.
Kalau mengikut maklumat awal, GBS tidak akan menjual kepada pembaca hak 'kekal'. Mereka akan menjual kepada pembaca hak untuk 'melanggan' (subscription) sesuatu buku itu bagi tempoh tertentu.
Saya tidak pasti kenapa model 'langganan' yang digunakan. Mungkin juga kerana perkara ini masih baru, oleh itu google cuba untuk bereksperimen secara selamat. Dengan hak melanggan, jika ada masalah di kemudian hari, google boleh keluar dari kontrak setelah hak langganan tamat, contohnya selepas 6 bulan.
Pembaca perlu ada akaun gmail sendiri. Buku yang anda telah beli akan duduk dibawah MyLibrary (atau mekanisma yang serupa), dan boleh diuruskan dari sini.
Menurut beliau, ini akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan dari sekarang.
Harga jualan edisi digital ini akan ditentukan oleh penerbit. Tetapi, google juga akan mengambil persen dari jualan tersebut (sama seperti pembekal teknologi lain). Bakinya akan kami bahagikan antara penerbit dan pengarang.
Disclaimer : PTS adalah antara penerbit awal dari Malaysia yang menggunakan khidmat Google book search untuk memberikan pengguna internet akses kepada buku kami. Lebih dari 500 tajuk buku PTS sedang dimasukkan dalam sistem GBS sekarang.

Ulasan