Ramalan saya untuk industri buku Melayu dalam tahun 2008 adalah seperti berikut;
1. Malay novel : Down.
Kalau melihat kepada trend jualan novel Melayu secara keseluruhan, saya akan khuatir dengan pasaran novel melayu. Saya fikir kita perlu buka genre baru yang segar, untuk tarik pembaca keapda novel Melayu. Antara genre yang saya fikir boleh menjana kembali perkembangan novel Melayu adalah Thriller. Untuk membangunkan genre baru ini memerlukan minimum masa 3 tahun, sehingga kita ada kuantiti judul, penulis dan penerbit yang cukup untuk mencapai inflection point.
2. General book/Motivational/Self-help : Flat.
Kategori ini sebenarnya tidak mencatat perkembangan yang baik dalam tahun 2007. Saya juga jangka kemarau ini akan berterusan dalam tahun 2008. Industri sebenarnya menunggu bintang baru yang boleh menarik minat pembaca seperti mana daya tarikan Dato Fadzilah Kamsah pada masa lepas.
3. Business book : Flat
Sama seperti ramalan nombor 2, kemarau ini berterusan dari tahun 2007 ke tahun 2008. Yang kami tunggu adalah 'Azizi Ali' dan 'Chef Li'. Dua orang bintang inilah yang membuka pasaran buku bisnes bahasa Melayu kira-kira 3 tahun lepas. Selepas 2 tokoh ini muncul, barulah kategori buku bisnes bahasa Melayu melonjak naik di kedai-kedai buku utama.
4. Islamic book : Up
Ini adalah kategori yang saya jangka akan naik. Bermula dari 'Jangan bersedih' satu demi satu buku agama naik ke dalam pasaran. Saya jangka dalam tahun 2008, kategori ini akan mencatatkan perkembangan baik. Antara lain, khabar angin mengatakan bahawa ada beberapa edisi Al-Quran dan Tafsir sudah menerima kelulusan JAKIM. Produk baru ini akan melonjakkan volume jualan dalam kategori ini.
5. Malay Children & Teen novel : Up
Kategori yang berkembang pesat dalam tahun 2007, dan dijangka akan lebih kuat dalam tahun 2008. Berita mengatakan bahawa beberapa penerbit besar akan mula masuk dalam kategori ini. Pada saya, ini tandanya teen novel has arrived.
Januari 2009 akan menentukan sejauh mana ramalan ini menjadi kenyataan.

Ulasan