Langkau ke kandungan utama

Rombakan pengurusan dalam satu kedai buku utama.

Berita terbaru yang belum rasmi mengatakan bahawa akan berlaku rombakan besar dalam satu rangkaian kedai buku paling tua di Malaysia. Pengumuman penuh akan dibuat oleh CEO kumpulan ini pada 15hb atau 16h Januari 2008. Beberapa posisi utama dalam kumpulan ini akan digantikan dengan muka-muka baru.

Semoga rombakan ini memberikan kekuatan baru kepada gergasi buku ini. Saya pasti, pasukan baru ini akan menghadapi tugas berat.
  1. Rangkaian ini sudah ketinggalan dari segi bilangan outlet yang dimiliki berbanding pesaing utama mereka. Buat masa ini, kehadiran kedai ini di bandar-bandar sekondari yang pesat berkembang hampir-hampir tidak ada sama sekali.
  2. Mereka mengalami masalah kehilangan kakitangan berpengalaman dan mahir, kepada kedai buku baru luar negara.
  3. Kumpulan ini lambat mengambil kesempatan atas peluang-peluang pasaran baru seperti pembaca buku bahasa Melayu, dan buku bahasa Cina - dalam kata lain, terikat kepada model bisnes lamanya yang hanya memberi tumpuan kepada pembaca buku bahasa Inggeris.
  4. Rangkaian ini juga sedang cuba melancarkan kedai buku online yang paling besar di Malaysia, dan di rantau ini.

Cabarannya kepada pasukan baru ini bukan sedikit dari segi merchandising, teknologi, operasi dan kewangan. Dalam masa yang sama, kita semua memberikan tabik hormat, kepada pasukan lama yang telah meletakkan kedai ini di tempat yang kukuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...