Berita dalam BBC, tentang legasi Mao dalam bentuk royalti bukunya yang bernilai lebih kurang USD17 juta sekarang. Buku dan artikel tulisan mendiang Mao Zedong diterbitkan dalam negara China, dan juga diterjemahkan ke dalam beberapa negara luar.
Persoalan utama disini adalah berkaitan dengan hak cipta karya tersebut, adakah ia milik peribadi penulis (Mao), ataupun hak negara kerana beliau adalah kepala negara pada masa tulisan itu.
Parti komunis menganggap semua tulisan beliau sebagai hak negara, kerana tulisan itu adalah kebijaksanaan yang dipelajari oleh parti, dan dikonkritkan dalam bentuk tulisan oleh Mao, sebagai kepala parti komunis. Selain itu, parti jugalah yang memberi peluang kepada Mao untuk menjadi penulis selebriti super, dengan mengagung-agungkan personalitinya kepada rakyat China.
Sehingga kini buku kecil warna merah koleksi ucapan-ucapan Mao sudah dicetak melebihi 1 billion naskah (bakal mencabar kedudukan Al-Quran dan juga Injil), dan masih menghasilkan royalti.
Inspirasi kepada kepala negara lain untuk jadi penulis (atau belajar membaca buku sekurang-kurangnya 2 tajuk setahun, supaya tidak kalah dengan rakyat yang dipimpinnya).

Ulasan