Langkau ke kandungan utama

Bas Baru Untuk Perpustakaan Umum?

Ada cerita yang mengatakan banyak salesman bas sedang buat pelbagai proposal untuk perpustakaan umum di seluruh negara.

Khabarnya, program Perpustakaan Bergerak akan diaktifkan semula bawah Datuk Rais Yatim. Sebelum ini, beliau jugalah menteri yang bertanggungjawab membangunkan lebih dari 1000 buah perpustakaan desa diseluruh negara.

Tetapi, baru-baru terdengar pula berita yang mengatakan tidak ada peruntukan untuk membeli buku-buku untuk perputakaan desa dalam tahun 2009. Saya percaya ramai pihak dalam industri akan membuat rayuan supaya diadakan peruntukan membeli buku baru.

Dalam menghadapi kelembapan sekarang, apa juga pembelian buku oleh perpustakaan umum akan membantu pemain industri. Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan akan menampung sebarang kelemahan yang berlaku di sektor runcit. 

Lebih penting dari itu, wang rakyat tadi perlu di belanjakan untuk membeli buku-buku berkualiti, dan bukan buku dari penerbit hantu. Dalam pembelian buku tahun 2008 untuk projek perpustakaan desa PNM contohnya, banyak timbul pertanyaan di kalangan penerbit buku.

Antara yang utama, adalah kenapa 80% tajuk yang di pilih adalah buku-buku jenis set kulit keras. Buku-buku set kulit keras (yang harganya pasti mahal ini) kebanyakkannya diterbitkan oleh penerbit yang tidak dikenali. Buku-buku umum terbitan banyak penerbit terkemuka seperti DBP, Utusan tidak dipilih - walhal mereka ini adalah penerbit yang terkenal dengan kualiti dan kredibilitinya. 

Buku-buku set kulit keras yang mahal, tetapi berkualiti rendah adalah 'hallmark' kepada banyak penerbit hantu. 

Seterusnya, hanya 23% dari penerbit yang terpilih adalah ahli persatuan penerbit. Bakinya (3/4 lagi) bukanlah ahli persatuan, bukan penerbit yang dikenali dalam industri. Siapakah penerbit-penerbit ini yang nampaknya cukup hebat dalam memenangi kontrak kerajaan? Kalau ada masa elok juga kita buat carian syarikat di SSM untuk melihat orang-orang disebalik penerbit-penerbit hebat ini. Bolehlah mereka ini diketengahkan kedepan menjadi teraju industri buku pada masa hadapan.

Dan rungutan penerbit terakhir adalah isu buku-buku buruk dalam senarai pembelian tahun 2008. Ada buku yang terbit dalam tahun 2006 dibeli sekali lagi. Dalam taklimat yang diberi, hanya buku-buku terbitan terkini sahaja yang akan diterima. Tetapi bila keluar list, banyak juga buku buruk yang dibeli. 

Sampaikan ada teman yang bilang, "Perpustakaan ini tempat buang buku buruk yang sudah tak laku agaknya"

Rungutan begini tidak keluar dalam tahun 2006 dan 2007. Mungkin pada masa itu belum banyak campurtangan orang 'luar'. Tetapi, bila pembelian ini masuk tahun 3, sudah mula banyak tanda-tanda campurtangan dari luar. Dengan campurtangan ini, mulalah kita dengar perkara pelik-pelik berlaku. Apa sekali pun, kita semua mengharapkan rekod bersih PNM dapat dikekalkan dalam tahun-tahun mendatang.

Harapan saya, semoga PNM menjadi teraju dalam menjana industri buku tempatan yang lebih beretika dan bersih dalam tahun-tahun akan datang.




Ulasan

HASRI HASAN berkata…
Hebat betul penerbit-penerbit hard cover tu...kalau boleh jumpa dengan mereka, saya pun nak 'berguru' dengan mereka.

Daripada bas-bas yang besar saya cadangkan PNM beli mini bas, dapat beli lebih banyak kuantiti bas dan lebih banyak tempat boleh dijelajahi.

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...