Langkau ke kandungan utama

Musim duka.

Ada beberapa musim yang mendukakan penerbit trade book.

Pertama, musim tutup tahun kewangan.

Banyak kedai buku besar menutup tahun kewangan mereka dalam bulan Mac. Kenapa semua pilih Mac juga agak misteri kepada saya, mungkin mengelak dari tutup dalam musim sibuk Disember.

Pada bulan inilah kedai-kedai buku membuat inventory reduction dengan membuat return mana-mana tajuk yang tidak laku lagi, dan secara umumnya melambatkan perchase untuk tajuk-tajuk baru. Agar mudah buat stock take pada hujah mereka.

Kepada penerbit trade book, return melambung tinggi. Kadang kala tajuk baru juga menjadi mangsa return yang dibuat dalam skala perindustrian ini. Berpalet-palet buku return masuk setor. Yang untung dalam seluruh eksasais penuh duka ini adalah syarikat transport, yang setia mengangkut dan menghantar berkotak-kotak return kepada penerbit.

Salesman akan duduk tekun didepan komputer dan mendakap telefon masing-masing, cuba memujuk clientnya supaya tidak membuat return yang terlalu tinggi (dan kalau boleh pulangkanlah buku syarikat lain, jangan buku dari syarikatnya sendiri).

Selepas hujan, matahari akan bersinar. Dan datang April, kita akan lihat Purchase Order untuk buku-buku baru dan tambahan stok datang bertalu-talu, mengisi semula kedai yang telah kosong tadi.

Melodramatik. Macam drama TV.

Kedua, bulan puasa dan hari raya.

Ini juga musim dimana pembelian buku bahasa Melayu jatuh di seluruh negara.

Sebaliknya, bila kita lihat bulan Disember, bila Krismas dirayakan - jualan buku meningkat tinggi melambung. Kita dapati orang lain membeli buku untuk digunakan sebagai hadiah dalam musim perayaan Krismas.

Atas kesedaran bahawa masalah ini adalah bersifat budaya, beberapa penerbit tempatan bergabung tenaga dan cuba membuat perubahan. Kita mahu mempromosikan bulan Ramadhan sebagai bulan kita membaca buku agama & spiritual, bulan dimana kita mengambil kesempatan mempelajari perkara-perkara baru dalam soal agama kita. Kita juga mahu memperkenalkan budaya menghadiah buku (ilmu) dalam bulan Ramadhan kepada orang Melayu.

Dan baiknya, kedai buku seperti MPH & Popular sudah mula menerima konsep baru ini. Bukan mudah, tetapi sudah boleh dilihat pada musim puasa lepas melalui window display yang merayakan Ramdhan dan Syawal di beberapa lokasi terpilih.

Kita lihat, masyarakat Indonesia sudah mengamalkan budaya baru ini. Sebulan sebelum Ramadhan adalah musim paling sibuk untuk penerbit buku agama disana, berlari-lari keseluruh negara menguruskan pesanan dan penghantaran buku ke kota dan daerah. Datang bulan Ramdahan, SALE di kedai-kedai buku.

Kita disini akan berubah juga, proposisinya menarik : membaca dan menambah ilmu dalam bulan ramadhan itu satu ibadah. Hanya perlu kombinasi usaha pengarang, pembaca, penerbit, imam masjid, tokoh agama, dan pemimpin (jenis yang gemar membaca buku dan menambah ilmu-lah).

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum sdr Arief,

Satu usaha yang baik untuk para penerbit menjadikan budaya memberikan buku sebagai hadiah.

Saya ingin mencadangkan supaya ia dikembangkan lagi dan tidak terhad sekadar bulan Ramadhan.

Kita boleh jadikan ia budaya sepanjang tahun. Terima kasih.

- Ashadi Zain
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum saudara Arief,

Jika saudara ada kelapangan, harap saudara dapat tulis entri mengenai potensi buku genre isu-isu semasa, seperti buku Rahsia Arqam, Rahsia Black Metal, Hamas dan sebagainya.

Bagaimanakah jualannya?
Apakah yang mempengaruhi naik turun genre itu?
dan lain-lain lagi.

Terima kasih.

- Ashadi Zain
ied berkata…
Arief,

Adakah book publishers di Malaysia work hand in hand dengan kerajaan untuk Reading Movement?

How we love to have people love reading. We will get a higher level of civilization perhaps.
mas berkata…
Saudara Arief,
setahu saya sememangnya buku-buku agama laris dijual dalam bulan Ramadhan sejak lama dulu di negara kita. Hanya mungkin tiada rekod di kedai buku sebab buku-buku yang banyak terjual itu bukan berada di kedai buku, sebaliknya di pasar malam atau gerai-gerai bazaar Ramadhan.

Saya suka memberi hadiah buku yang saya suka dan saya mahu orang yang saya suka turut menikmatinya. So, buat buku yang akan dibeli oleh pencinta buku, kerana kuasa beli di tangan mereka.
Tanpa Nama berkata…
Ya, benar ied. Tapi, saya fikir, para penerbit buku sememangnya bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memantapkan tabiat membaca di kalangan masyarakat.

Cuma mungkin pendekatannya perlu mengambil kira asakan media hiburan yang keterlaluan hinggakan tabiat cintakan ilmu tidak menjadi elemen utama dalam masyarakat Malaysia.

Bagi tamadun yang ingin maju, ilmu harus menjadi tunjangnya. Tapi nampaknya, di Malaysia, hiburan masih menjadi tunjang. Bukanlah saya ingin mengatakan hiburan itu tidak perlu, tetapi ilmu harus diutamakan.

Terpulanglah kepada kita, para pencinta ilmu untuk menarik lebih ramai anggota masyarakat ke arah budaya cintakan ilmu. Dalam konteks ini, pendapat mas memang relevan, iaitu buat buku yang akan dibeli oleh pencinta buku (dan juga dibeli mereka yang belum ‘mencintai’ buku) tanpa mengurangkan nilai ilmunya.

Terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum sdr. Arief,

Saya ingin mencadangkan supaya pada tahun-tahun mendatang, MABOPA menganjurkan PBAKL semasa cuti sekolah. Daripada pengalaman saya menyertai ekspo dan menganjurkannya, adalah didapati bahawa bilangan pengunjung jauh lebih ramai semasa hari-hari cuti.

Terima kasih.

- Ashadi
Arief Hakim berkata…
Salam,

Sebenarnya Jk penganjur pesta buku memang cuba seboleh-bolehnya untuk dapatkan tarikh cuti sekolah. Biasanya JK akan buat tempahan setahun lebih awal.

Tetapi, kadang-kalap tempat itu sudah ditempah lebih awal oleh pihak lain. Atau, kita tidak dapat tempah keempat-empat dewan (TR2, TR3, TR4, ruang legar dan DTHO) secara serentak.

Maka kita terpaksa ambil tarikh kompromi dengan pwtc.

Cadangan Saudara pasti akan dibawa ke Jk aktiviti untuk tahun 2009.

Catatan popular daripada blog ini

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan.
------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmOleh W. Rahimah DramanHasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaa…

Mari Cakap Soal Ekonomi Sekarang.

Debat soal kenaikan harga minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek pada 15 Julai ini akan diteruskan menurut TheStar.

Pada pendapat saya ini adalah perkara yang baik untuk politik Malaysia. Ada juga pendapat-pendapat yang mengatakan sebaiknya jangan diadakan debat ini dengan alasan tidak ada kebaikan untuk rakyat. Menurut laporan Utusan ini, lebih baik kita semua cakap soal liwat, atau Altantuya sahaja!

Kalau saya boleh bagi satu sebab : debat Anwar-Shabery ini akan menukar pemikiran orang Melayu tentang ekonomi.

Sebelum ini, politik Melayu hanya berkisar soal 'ketuanan', 'kedaulatan' - cakap retorik biasa. Politik orang Melayu tidak pernah dengan serius membincangkan isu pendidikan atau ekonomi yang sebenarnya penting kepada pembangunan bangsa. Ini berbeza dengan politik kaum Cina di Malaysia yang sangat mementingkan prestasi ekonomi dan kualiti pendidikan anak-anak mereka. Rujuk saja manifesto MCA dalam pilihanraya lepas.

Debat Anwar-Shabery ini berkisar pada topik…

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik.

Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good') dan 90an (era 'internet bubble'). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar.

Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai.

Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini.

Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai.

Rare book itu subjek lain.