Setelah selesai satu mesyuarat Malaysian Book Industry Council (MBIC), saya sempat berbual-bual dengan seorang pengimport dan pengedar bahan-bahan keperluan sekolah. Syarikat beliau ini khabarnya antara pengimport dan pembekal utama di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Banyak bahan-bahan seperti alat tulis dan alat bantuan mengajar yang digunakan di sekolah sekarang, dihasilkan di China dan diimport untuk pasaran sekolah-sekolah Malaysia.
Saya tanya beliau, "Apa cerita, sibuk sangat sekarang?"
Menurut beliau, para pembekal sekolah sedang sibuk membekalkan uniform untuk pasukan pakaian seragam. Ada satu peruntukan dari Kementerian Pendidikan, yang memberikan elaun sebanyak RM100 untuk setiap murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, untuk membeli uniform pasukan pakaian seragam. Beritanya mengatakan sebanyak 180,000 orang murid dari darjah 4 hingga tingkatan 5 yang menerima elaun uniform ini.
Ini sahaja memberikan potensi pasaran sebanyak Rm180 juta kepada pembekal, kedai jahit, pengimport dan pengedar yang menghasilkan uniform dan aksesori untuk pasukan pakaian seragam. Ini belum termasuk murid yang tidak layak mendapat elaun, yang dianggarkan sekitar 2.5 juta orang, yang akan melibatkan diri dalam pasukan berpakaian seragam. Mereka yang tidak layak akan membeli dari pasaran terbuka.
Elaun ini katanya sudah diberikan kepada sekolah-sekolah untuk diberikan kepada murid yang layak.
Kata beliau lagi "Its open war now, hari-hari harga turun sebab semua lawan quotation".
Nampaknya, pembekal barang keperluan sekolah akan menolak ketepi dulu buku buat sementara waktu, dan mula menjual uniform. Saya harap, perang harga ini akan merendahkan harga uniform dan aksesori, jangan pula masuk ke poket tukang kutip tol di tengah jalan.

Ulasan