Pada Pesta Buku baru ini, MABOPA menganjurkan seminar teknologi Google Book Search GBS untuk penerbit tempatan.
Antara fakta menarik yang kita dapat tahu;
1) Ada lebih dari 1.5 juta tajuk buku yang telah dimasukkan oleh penerbit dalam sistem ini sekarang.
2) Ada lebih kurang 5000 tajuk buku dari Malaysia telah live dalam sistem.
Sebagai bandingan, penerbit Indonesia telah memasukkan lebih dari 20,000 tajuk dalam GBS. Respon penerbit Indonesia jauh lebih entusiatik berbanding penerbit Malaysia, walaupun sebenarnya mereka bermula beberapa bulan di belakang kita dalam hal ini.
Untuk pengguna bahasa Melayu, ini adalah berita baik. Kini anda sudah boleh mendapat keputusan carian yang releven dan berkualiti. Lebih banyak buku bahasa Melayu dalam GBS, lebih baik pengalaman penggunanya nanti.
Yang pasti, masih ada lagi penerbit Malaysia yang masih belum memahami kepentingan Search dalam internet.
3) Malaysia menduduki tangga ke 12 dalam senarai pengguna paling aktif.
Sebagai bandingan;
China : 500 ribu carian/hari
Malaysia : 440 ribu carian/hari
Indonesia : 100 ribu carian/hari
ASEAN dikelaskan sebagai zon paling pantas berkembang untuk Google dari segi pengguna dan juga jualan mereka sekarang.
P/S : Ada produk Google akan dilancarakan di rantau ini dulu berbanding tempat lain - katanya Google Guru, sejenis produk Q&A akan dicuba di Thailand dalam tempoh terdekat ini.

Ulasan
- Ashadi