Langkau ke kandungan utama

Makan Dengan Penerbit Musik.

Saya dibelanja makan di restoren Cheng Ho, Wangsa Maju oleh seorang penerbit musik yang terkenal dengan beberapa kumpulan nasyid tempatan.

Suka saya jelaskan yang gambar disebelah kiri ini bukan gambar penerbit musik tersebut. Ini gambar peminat Alifstyle (cerita penuh dibawah).

Berbalik kepada cerita penerbit musik tadi, beliau mahu masuk ke bisnes penerbitan buku agama.

"Penerbit musik susah sekarang. Album sudah tidak laku lagi"

Saya tanya, teruk benarkah jatuhnya jualan album di Malaysia ini.

"10 tahun dulu CD artis wanita ini boleh jual 180 ribu unit. Sekarang ini hanya boleh jual 3 ribu unit sahaja"

Dalam hati saya terfikir, kalau 3000 unit - lebih baik terbitkan buku. Kira-kiranya sekarang, penulis buku lebih hebat dari penyanyi popular dari segi jualan album.

Ada harapankah kembali pulih?

"Sejak mula turun dalam tahun 2003 dulu, terus menerus turun. Tidak ada harapan naik lagi"

Kalau macam ini, kuranglah penghasilan album baru. Siapa pula mahu melabur kalau tidak boleh jual produknya nanti. Habis kena download dalam file sharing sahaja.

Err, kecuali Alif yang baru bikin album biol beliau. Beliau memang penerbit yang betul-betul berani melawan arus.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Haha! Alif memang hebat!
alifstyle berkata…
Kalau dalam indie,
antara jual buku dan VCD, lagi untung jual VCD.

Mungkin sebab kos saya kurang berbanding mereka. Target saya pun tak besar mana. Tapi ia tetap lebih untung berbanding buku indie.

Buku indie di sini bermaksud buku yang jual fotostat dan binding stepler.
Tanpa Nama berkata…
Saudara Arief, selain kemajuan teknologi yang memudahkan file sharing, apakah lagi faktor yang menyebabkan penurunan dalam jualan album muzik?

Adakah industri buku akan mengalami nasib yang sama dengan kemunculan Google Book Search ataupun GBS akan menaikkan jualan?

- Ashadi Zain
Arief Hakim berkata…
Sdr Ashadi,

Pada pendapat saya, jualan CD jatuh kerana file sharing. Saya tidak nampak faktor lain seperti citarasa pendengar, atau kreativiti artis yang jatuh.

Saya yakin, kita akan lihat jualan musik menggunakan jalur mobile download, live concert, show, dan advertisement supported service yang akan naik. Pendengar musik masih mahu mendengar musik - itu tetap tidak berubah.

Saya percaya sistem seperti GBS akan meningkatkan jualan buku. GBS tidak memberikan 'cara' untuk membaca. Tetapi, kindle mungkin menjadi game changer dalam tabiat membaca orang ramai nanti.
Dewangga Sakti berkata…
Salam saudara Arief,
Saya sependapat dgn saudara.:)
Arief Hakim berkata…
Tahniah Dewangga Sakti yang bikin album sendiri. Anda juga benar-benar berani!

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.