Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan karnival membaca 2008 di PWTC semalam. Pelancaran di sempurnakan oleh Raja Permaisuri Agung, Tuanku Nur Zahirah.
Laporan dalam BH mengenai pelancaran ini,
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mencadangkan kerajaan memberikan elaun buku kepada kakitangan awam dan swasta bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini yang ketinggalan berbanding negara Barat.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata cadangan itu akan dibawa ke Kabinet kerana ia bertepatan dalam usaha kerajaan meningkatkan tabiat membaca dan menyokong sepenuhnya sekiranya kerajaan ingin meluluskan cadangan berkenaan.
“Berdasarkan kajian yang dijalankan Perpustakaan Negara, 98.8 peratus rakyat negara ini membaca hanya dua buku setahun dan hanya 6,500 judul baru diterbitkan setahun oleh lebih 200 penerbit yang aktif.
Nasib baik Menteri memberikan statistik yang betul mengenai survey pembacaan Malaysia. Sebelum ini, banyak menteri lain yang menyebut statistik lapuk tahun 80-an. Tahniah kepada Dato Shafie kerana memberikan penjelasan yang baik. Saya pasti ini kerana PNM sendiri dibawah kelolaan beliau, dan statistik ini memang hanya dipunyai oleh PNM. Lebih baik lagi jika PNM menerbitkan semua bahan kajian ini dalam laman webnya. Ini akan membantu semua menteri yang bercakap soal membaca dan buku, mendapat bahan terkini.
Sebagai industri kami menyokong penuh cadangan Dato Shafie diatas supaya diberikan sedikit elaun membeli buku untuk kakitangan awam (walaupun menurut maklumat yang kami terima, kakitangan awam memang antara yang paling ramai membeli buku bahasa Melayu!)
Ulasan
Soalan pertama saya kepada bos pada hari pertama bertugas, "Kalau saya mahu membeli buku, boleh buat tuntutan?" Jawabnya, "Tiada."