Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Buku Teks Runtuh 2010

Bila dasar PPSMI ditukar kepada MBMMBI, maka adalah keperluan untuk menukar buku teks sekolah. Industri sedang giat mempersiapkan diri untuk beberapa perubahan yang penting dalam tahun 2011. Pertama, korikulum baru akan digunakan dalam tahun 2011. Bermula dengan darjah 1 dan tingkatan 1. Korikulum ini dipanggil Korikulum Transformasi. Sehingga kini belum nampak apa-apa dokumen lagi. Tetapi, pasti Kementerian akan membuat latihan, seminar dan penerangan besar-besaran untuk implementasinya nanti. Tunggu sahaja beritanya. Dua, buku teks darjah 1 dan tingkatan satu akan ditukar dalam tahun 2011. Ini bermakna Bahagian Buku Teks (BBT) yang mengkoordinasi penerbitan buku teks akan mula mengeluarkan tender seawal januari tahun depan. Buku teks baru ini mesti siap dan dihantar ke sekolah selewat-lewatnya bulan Disember 2010. Saya dimaklumkan yang ada 28 tajuk baru akan diterbitkan. Saya jangka semua buku teks baru ini akan menggunakan korikulum transformasi nanti. Tinggal 12 bulan sahaja lagi....

Musim Kemarau

Tahun ini seperti musim kemarau bagi pembelian kerajaan. Kita sudah dekat ke hujung tahun, tetapi nampaknya tidak ada lagi pembelian buku oleh agensi kerajaan. Ramai teman-teman yang kata, kerajaan sudah tidak ada duit untuk beli buku. Ada beberapa kontrak pembelian yang besar; Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - PNM mempunyai lebih dari 1000 perpustakaan desa seluruh negara. Biasanya PNM akan membli pelbagai jenis buku tempatan yang sesuai untuk bacaan masyarakat desa setiap tahun. Jumlahnya agak besar, sekitar 1000 naskah setiap tajuk. Tahun ini nampaknya belum ada angin-anginnya sama sekali. KEMAS - KEMAS membeli buku untuk guru tadika-tadikanya, dan juga pusat latihan guru tadika. Jika buku yang dibeli untuk rujukan semua guru tadika, jumlahnya memang besar. Sekitar 8000 naskah. Bahagian Buku Teks (BBT) - paling terkenal adalah pembelian buku teks KBSR dan KBSM. Ini salah satu punca perniagaan utama banyak penerbit buku berasaskan silibus. Spekulasi mengatakan bahawa musim buku...

PPSMI : Nasi Sudah Jadi Bubur

Pertama sekali, tahniah TPM kerana berani dan bijak. Tahniah TPM! Bijak! Beliau mengaku bahawa data yang dikumpul menunjukkan bahasa polisi ini gagal sama sekali meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Perbelanjaan lebih dari R 4 Billion, dan penguasaan bahasa Inggeris pelajar hanya naik tidak sampai 3%. Bijak kerana beliau tidak membenarkan prejudis peribadi menguasai pemikirannya, tetapi membenarkan rasional data memandu keputusan beliau. Berani kerana sanggup menangani isu nasional yang sebegini besar dengan bijak. Bukan calang orang yang sanggup mengadap Tun Mahathir untuk memberitahu beliau tentang kegagalan polisi PPSMI yang diasaskan oleh beliau itu. Anak jantan. Najib sendiri belum pasti berani ambil risiko ini, kalau Hishamuddin jauh sekali. Saya hormat beliau kerana berani ambil keputusan ini. Masalah Sebenar Sudah Pecah. Seterusnya, kitaa lihat sekarang masalah sebenar dalam pengajaaran bahasa Inggeris - Isu guru yang tidak cukup sampai 14000 orang. Isu kompetansi guru ba...

Kota Buku : Arked MARA, Musium Buku atau Kedai Buku Yang Besar?

Sejak menteri pelajaran mengumumkan penubuhan kota buku, berita ini menjadi salah satu topik yang banyak dibincangkan dikalangan penerbit buku. Banyak dari yang dibincangkan adalah sekadar gossip kerana belum ada maklumat yang sahih lagi. Antara persooalan besar; Siapa yang akan menjadi badan pelaksana? Kota buku khabarnya direbut oleh banyak pihak. Dulu lagi pernah diumumkan oleh Datuk Seri Najib. Pengumuman itu dibuat dalam majlis Dewan Industri Buku Malaysia (sebenarnya NGO industri buku yang fokus kepada memperjuangkan isu bumiputera), tetapi sehingga kini senyap sunyi dan gagal dilaksanakan. Pengumuman oleh Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini dibuat dalam majlis ITNM, yang juga adalah pemaju kepada cadangan baru ini. Oleh itu banyak pihak menafsirkan bahawa projek kota buku 2009 ini akan dilaksanakan oleh ITNM. Tetapi, cadangana ini juga menarik minat badan-badan buku lain seperti DBP, MBKM dan juga Dewan Industri Buku. Ramai yang ingin menjadi agensi pelaksana kerana projek ini memp...

Petikan ucapan Menteri Pelajaran tentang Kota Buku

Berikut petikan ucapan TS Muhyiddin Hj. Mohd Yassin tentang Kota Buku pada 19 Mei 2009 semasa Majlis Pertemuan Bersama dengan Sasterwan Malaysia. " Bersempena dengan pertemuan hari ini bersama penggiat sastera, iaitu golongan yang sangat cintakan ilmu dan menjadikan buku sebagai teman setia, maka elok benarlah bagi saya mengumumkan khabar gembira kepada semua penggiat sastera di negara ini. Kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan sebuah pusat berkelompok bagi menjalankan aktiviti dan urusan berkaitan dengan dunia buku secara lebih tersusun dan bersungguh-sungguh. Penubuhan pusat ini yang bakal dinamakan "Kota Buku" diharap akan menjadi satu nukleus bagi membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung. Kewujudan "Kota Buku" yang bakal dibangunkan di Kuala Lumpur diharap akan memberi manfaat yang besar kepada para sasterawan, penerbit, usahawan dan masyarakat pembaca di Malaysia, selain bermatlamat...

MPH Mutiara Minda - Program Pemasaran Gergasi Untuk Buku Melayu

Pada pendapat saya, ini program pemasaran buku melayu paling besar yang diumumkan setakat ini oleh mana-mana kedai buku. Program 'MPH Mutiara Minda' ini ada beberapa komponen utama; Menaikkan jumlah ruang untuk buku bahasa Melayu di 9 outlet terpilih Pengikalan konsissten dalam Harian Metro & Berita Harian Menerbitkan katalog buku bahasa Melayu Penganjuran Pesta Buku / Karnival buku Mutiara Minda Bagi komponen pertama, kita dimaklumkan di MPH Midvalley sendiri, seksyen buku bahasa Melayu dibesarkan dari 50 sq feet, kepada 2000 sq feet. Perluasan ruang ini sangat sangat besar dan pasti akan kelihatan dengan jelas kepada pembaca umum. Buat masa ini MPH sudah melantik rakan medianya bermula dengan Harian Metro, dan Berita Harian akan menyusul. Sehingga kini, 8 orang penerbit tempatan telah bekerjasama dengan MPH untuk membuat iklan setiap minggu di Harian Metro. Selepas ini Berita Harian juga dijangka akan menyiarkan iklan yang sama. Tetapi, saya terfikir bagaimana pula den...

Edisi Kindle Sekarang 35% Dari Jualan

Posting dan gambar dari  silicon valley insider. Banyak penerbit akan terkejut dengan statistik ini. Kindle ini relatifnya masih kecil, tetapi ada pelbagai lagi ebook reader yang akan melimpah dalam pasaran. Seperti dalam artikel ini, penerbit akan cuba melihat jika edisi ebook akan merosakkan pasaran edisi kertas. Selagi harga ebook masih stabil dan menguntungkan, penerbit dan pengarang akan menyokong penuh edisi ebook. Yang kita khuatir jika berlaku diskaun besar-besaran dalam harga ebook vs harga edisi cetak. Apa pun, ini jadi cabaran kepada pengedar dan penjual buku tradisional. ----------------------- Dan Frommer reports: Kindle sales are now 35% of book sales when Kindle editions are available. Huge jump in Feb when Kindle 2 went on sale.

PPSMI - Scam Paling Besar Kepada Rakyat Negara Ini

Dasar yang sibuk dipertahankan oleh Dato Hishammudin, pada pendapat saya adalah scam paling besar yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Menurut beliau, ( saya petik dari dalam TheStar ) On the teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI), Hishammuddin said the ministry had spent over RM3bil since the introduction of the policy in 2003. He said RM2.4bil was spent on ICT, RM3.7mil on teacher training and RM6.1mil on teaching incentives. Kalau betul yang kita risaukan adalah bahasa Inggeris, kenapa tidak belanjakan sahaja wang RM3 Billion itu dalam memperbaiki kelas dan guru bahasa Inggeris kita? Kita sudah merdeka lebih dari 50 tahun, dan sepanjang itulah kita sudah mengajar bahasa Inggeris. Kalau kita serius dalam memperbaiki kualiti kelas dan pengajaran kita, pasti ini sudah selesai. Benda ini bukan projek moonshot macam Apollo. Ini ELT sahaja. Kalau bagi RM3 Billion itu pada cikgu bahasa Inggeris - Masalah selesai! Jangan bagi alasan lepas ni tak ada duit pulak nak bantu ...

Broadband P1 Wimax di Taman Melati Yang Sangat Lembap Sekarang

Masa mula-mula masa mendaftar dengan P1 wimax awal minggu lepas, nampaknya macam tidak ada masalah. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini ada masalah.  Mula-mula ada masalah untuk login selama lebih dari 1 hari. Menurut orang CS, tower rosak dan sedang dibaiki.  Masalah selesai. Tetapi, sejak hari itu broadband saya sudah jadi lembap yang amat sangat. Bukan dengan kelajuan download, tetapi kelajuan untuk upload. Apa jenis upload semua tak jalan - nak hantar attachment dalam email, nak upload gambar, nak hantar email pun lembap dan kena ulang berkali-kali. Harap-harap P1 dapat cepat selesaikan masalah ini.

Bas Baru Untuk Perpustakaan Umum?

Ada cerita yang mengatakan banyak salesman bas sedang buat pelbagai proposal untuk perpustakaan umum di seluruh negara. Khabarnya, program Perpustakaan Bergerak akan diaktifkan semula bawah Datuk Rais Yatim. Sebelum ini, beliau jugalah menteri yang bertanggungjawab membangunkan lebih dari 1000 buah perpustakaan desa diseluruh negara. Tetapi, baru-baru terdengar pula berita yang mengatakan tidak ada peruntukan untuk membeli buku-buku untuk perputakaan desa dalam tahun 2009. Saya percaya ramai pihak dalam industri akan membuat rayuan supaya diadakan peruntukan membeli buku baru. Dalam menghadapi kelembapan sekarang, apa juga pembelian buku oleh perpustakaan umum akan membantu pemain industri. Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan akan menampung sebarang kelemahan yang berlaku di sektor runcit.  Lebih penting dari itu, wang rakyat tadi perlu di belanjakan untuk membeli buku-buku berkualiti, dan bukan buku dari penerbit hantu. Dalam pembelian buku tahun 2008 untuk projek perpustak...

Trend Dalam Pesta Buku 2009

Pesta Buku (PBAKL2009) tahun ini bakal menyaksikan sedikit penurunan dari segi jumlah pengunjung. Saya fikir jika dalam tahun 2008, kita menyaksikan hampir 2 juta pengunjung hadir, tahun ini kita mungkin akan menyaksikan sekitar 1.5 juta pengunjung. Jatuh dalam sekitar 20% hingga 25% pengunjung. Kita masih ada 2 hari, dan hujung minggu ini akan menyaksikan statistik sebenar. Kita belum nampak impak penurunan ini kepada penerbit dan penjual buku. Saya juga melihat penurunan dalam jualan buku-buku berasaskan silibus. Ini mungkin sebahagian dari trend pengunjung hari yang yang sudah berubah. Kalau dulu orang masih berfikir bahawa 'buku' itu dalah buku kerja sekolah. Tapi hari ini orang menerima bahawa 'buku' itu lebih luas, meliputi pelbagai bahan bacaan yang luar silibus - untuk rekreasi, pengetahuan dan juga kepuasan intelek mereka. Ini trend yang sejajar dengan perkembangan pendidikan di kalangan masyarakat hari ini.

Google Book Search : Kebanyakkan Pembaca Semak 6 Muka Sahaja

Beberapa nota dari seminar dalam pesta buku kuala lumpur Kebanyakkan pembaca baca 6 muka preview sahaja sebelum memilih untuk beli atau tidak sesebuah buku. Ini berdasarkan data dalaman yang dikumpul oleh GBS selama ini. Kebanyakkan buku dalam GBS mempunyai menggunakan 20% setting default untuk memberikan berapa banyak isi yang boleh diprebiu oleh pengguna. Seterusnya, pembaca malaysia adalah pengguna tertinggi di asia, dan statistik malaysia diatasi oleh pengguna dari Indonesia dalam bulan October 2008. Pengguna indonesia kini ada pilihan lebih dari 40 ribu tajuk dalam GBS pada masa ini. Setakat ini hanya MPH online sahaja yang dimasukkan sebagai kedai buku online malaysia, dan google sedang mencari kedai buku online lain yang sesuai untuk dimasukkan dalam sistem mereka. p/s : Google maps malaysia edisi baru, telah dilancarkan 2 minggu lepas.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Mungkin Tidak Dapat Hadir Ke Perasmian KLIBF 2009

Saya dapat berita mengatakan yang Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung mungkin tidak dapat hadir ke pesta buku. Saya merasa sedih jika Seri Paduka Raja Permasuri Agung tidak dapat hadir tahun ini. Kami semua memang tertunggu-tunggu akan kesudian beliau untuk hadir. Ramai yang nak hadir, walaupun tak dapat jemputan rasmi tetapi ingin menyeludup masuk ikut teman-teman. Ada jabatan kerajaan yang call nak minta jemputan. Ada pencetak (printer) yang nak ambil cuti ikut datang - bila dapat tahu perasmian oleh beliau. Buat pertama kalinya, pesta buku menerima penghormatan yang sungguh besar begini. Selama ini pesta buku hanya dirasmikan oleh timbalan menteri. Tahun ini adalah tahun yang terbesar dalam sejarah pesta buku, jika Seri Paduka Raja Permaisuri Agung sudi merasmikan pesta buku kali ini. Saya sedang menunggu makluman rasmi jika berita ini adalah benar. Secara peribadi, rasa rasa lemah semangat bila mendengar khabar ini. Sigh ....

Kementerian Hilang, Menteri Hilang dan Aktiviti Pesta Buku Juga Turut Hilang

Dalam sibuk-sibuk Najib menyusun kabinet barunya, jadual jemputan perasmian pesta buku juga turut menjadi huru-hara. Ada banyak menteri yang dijadualkan hadir, tiba-tiba sudah bertukar. Ada juga kementerian yang hilang terus - bersama dengan menterinya. Habis semua aturcara yang gunkaan menteri bertukar. Bagi ajwatankuasa pengelola, habis jadual aktiviti pesta buku selama 10 hari ini jadi huru-hara. Jadual dalam buku program yang sudah dicetak 2 minggu lepas, sudah tidak tepat lagi. Jadual di billboard dalam pesta buku juga berubah. Yang terkini dan boleh dikemaskini hanya tinggal jadual dalam website pesta buku : www.kualalumpurbookfair.com/aktiviti Itu sahaja yang boleh diupdate dalam saat akhir begini. Masa perubahan!

Persiapan Pesta Buku Giat Dibuat

Gambar pembinaan gerai di dewan tun razak 3 PWTC

Perang Retail Buku Melayu - Siapa Bakal Jadi Juara?

Sejak berita kemasukan Gramedia, banyak kedai buku tempatan mula bersiap sedia untuk menghadapai mereka. MPH dan Popular sudah memulakan inisiatif mereka untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai kedai buku yang terulung di Malaysia. Dari segi positioning, Gramedia cuba untuk menjadi kedai buku bahasa Melayu yang terbaik di Malaysia. Secara tradisionalnya, MPH dikenali sebagai kedai buku bahasa Inggeris, dan Popular adalah kedai buku bahasa Cina. Tetapi hari ini, Popular dan MPH sudah mempunyai operasi bahasa elayu yang besar dan berkembang pesat pada kadar 30% setahun. Kemasukan Gramedia yang positioningnya begitu memberikan cabaran strategik kepada kedua-dua kedai buku ini - Siapa yang akan menjadi juara buku Melayu. Dulu ada 2, sekarang sudah jadi 3. Dan kata pepatah, 3 is too crowded. MPH umpamanya sudah melancarkan peluru pertama mereka. Dengan kerjasama Harian Metro dan 8 penerbit tempatan, mereka melancarkan Top10 buku bahasa Melayu dan pelbagai ruang advertorial dalam harian M...

Harakah, Tempat Mengiklan Buku Agama.

Bila Harakah kena gam atas alasan melapor berita yang salah, sensasi dan sensitif (istilah baru - 3S) maka program pengiklanan buku agama juga tersangkut. Oleh kerana pembaca Harakah adalah sumber yang mapan dalam membeli buku agama, maka banyak penerbit mengiklankan buku gama dan politik mereka di dalam Harakah. Alasan 3S itu alasan Pak Menteri. Tetapi ramai membacanya sebagai tanda kurang keyakinan di pihak BN dalam menghadapi pilihanraya kecil. Saya menjangkakan dengan pengharaman selama 3 bulan, Sinar terbitan Karangkraf akan mendapat limpahan pembaca Harakah dan Suara Keadilan. Sinar tinggal satu-satunya akhbar popular yang berani memaparkan berita secara neutral dalam bahasa Melayu. Bagi Harakah sendiri, ini mungkin masa terbaik untuk menguatkan edisi online mereka yang selama ini agak ketinggalan berbanding laman lain seperti malaysiakini edisi bahasa Melayu. Harakah online mempunyai potensi besar untuk mencapai kepada kumpulan pembaca muda, yang rata-rata bergantung kepada inte...

Read malaysia, Gramedia dan Mines Mencari Pembaca Buku Melayu

Pihak pengurusan Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) akan menganjurkan satu pesta buku yang dipanggil Read Malaysia 2009 pada 29 Mei hingga 7 Jun. Sebanyak 120 gerai dialokasi untuk buku bahasa Melayu, dan sejumlah lain untuk bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Pihak pengurusan MIECC mendapat keyakinan untuk menganjurkan Read Malaysia 2009 selepas melihat kejayaan mereka dalam menganjurkan World of Chinese Bookfair ditempat yang sama selama beberapa tahun. World of Chinese Bookfair dikunjungi oleh 400,000 orang pembaca dalam tahun 2008. Cukup berjaya untuk pesta buku tempatan yang hanya mensasarkan kepada pembaca bahasa Cina. Atas keyakinan ini, Read Malaysia cuba untuk meluaskan pasaran MIECC kepada pembaca buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menganjurkan pesta buku ke-2 di tapak yang sama. Setelah 2 kali pertemuan di buat dengan kumpulan penerbit tempatan, masih sukar untuk mendapatkan penyertaan dari penerbit buku bahasa Melayu. Sebab utama,...

Lebih Dari RM3 Bilion Untuk PPSMI, 80% Buat Beli Komputer.

Rujuk kepada kenyataan menteri dalam TheStar Lebih dari RM 3 Billion dibelanjakan untuk  PPSMI Dari jumlah ini; RM 2.4 B atau 80% untuk beli komputer (ICT). Kemudian, RM3.7 juta untuk latihan dan RM6.1 juta untuk insentif guru. Jumlahnya RM 9.8 juta guru. Hanya 0.3 %.  Ada lagi 19.7% atau RM591 juta  yang tidak dinyatakan dalam laporan TheStar ini.  Soalan satu; Berapa banyak yang dibelanjakan untuk melatih dan memperlengkapkan guru bahasa Inggeris sendiri? Saya tidak dengar sama sekali ada pakej memperbaiki latihan dan insentif cikgu bahasa Inggeris sepanjang 6 tahun ini. Padahal inilah kemahiran dan tugas hakiki mereka.  Soalan dua; jika jumlah yang sama dibelanjakan untuk memperbaiki kelas bahasa Inggeris (dan bukan dibelanjakan untuk merosakkan kelas Sains & matematik yang sudah sedia berjaya itu), apakah keputusan yang boleh dicapai dalam standard pengusaan bahasa Inggeris pelajar kita? Buatkan satu kajian dalam tesis ini. Soalan tiga; kenapa banyak sangat dibelanjakan membeli...

Lebih Banyak Pesta Buku Akan Dianjurkan Tahun Ini.

Kepada peminat buku, anda akan dapati lebih banyak pesta buku tahun ini.  Di peringkat kebangsaan, setakat ini yang saya sudah tahu ada; a) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumput, PWTC dalam bulan April b) Pesta Buku ReadMalaysia2009 di Mines Convention Center, dalam bulan Mei nanti. c) Popular Book Fest @ KLCC yang khabarnya dalam bulan Ogos, tapi saya belum pasti. d) dan untuk pembaca bahasa Cina, World Chinese Book Fair di Mines convention Center dalam bulan November nanti. Ini belum lagi pesta buku yang masih saya dengar sebagai desas-desus tapi belum nampak apa-apa maklumat lagi, a) SmartKids b) ada juga khabarnya satu pesta buku kanak-kanak akan dianjurkan di PWTC  Dan yang paling hampir seperti dalam email teman saya dibawah, ------------------------------ Arief, Appreciate you can spread the good news to your contacts? MPH will be having the largest MPH clearance sale with the widest range of books and related products starting from Sat. 14/3- 22/3/2009 Venue: Mayang Plaza,PJ ( f...

FAQ Mudah Untuk Bapak Menteri Tentang PPSMI.

Bapak Menteri masih lagi buat tak faham, atau sengaja tidak faham kenapa ramai orang mebantah dasar PPSMI.  Mungkin betul dia kurang faham. Maka atas dasar berbaik sangka, saya cuba buatkan satu FAQ mudah. Saya tahu bahawa soal bahasa ini sensitif. Tetapi, jangan campur aduk pemikiran kita dalam hal ini dengan prejudis peribadi, emosi, sampah kolonialisma, dan minda terjajah. Dari pemerhatian saya, yang menyokong hanya beberapa kerat sahaja, dan hampir semua atas sebab yang emosional - 'Nanti kita ketinggalan' atau 'Nanti anak kita tak boleh belajar sains dan teknologi sebab semua buku dalam bahasa Inggeris'. Kalau penyokong PPSMI ramai sangat, sila tunjukkan diri anda dengan cara demokratik, pergi berarak supaya anda boleh dibilang. Saya belum jumpa penyokong yang objektif, atas sebab mahu memperbaiki pengusaan bahasa Inggeris anak kita. Berkali-kali kumpulan GMP menjelaskan bahawa kita bukan anti bahasa inggeris. Semua tokoh-tokoh yang kedepan dalam GMP itu cakap, bel...

Baca Buku dalam iPhone, Gphone dan lain-lain smartphone

Baru-baru ini saya mendapat briefing dari wakil google book search. Setelah sekian lama menanti fungsi jualan buku melalui google, akhirnya beliau menunjukkan apa yang sedang dimasak didalam dapur mereka. Antaranya; 1. Client untuk smartphone seperti iphone sudah dibayangkan. Client ini juga akan dibuat untuk gPhone, dan kemungkinan semua OS besar lain (symbian, palm, windows moble). Pembeli buku boleh membaca koleksi buku yang sudah dibeli dalam smartphone. 2. Edisi yang dijual ini dipanggil 'Google edition'. 3. Menggunakan model langganan (subscription). Ada kemungkinan pembli dibenar mencetak sekitar 20-30%, dan juga membuat sedikit copy & paste. Bagi penguna Malaysia nanti, isu paling besar adalah sistem bayaran. Google checkout sehingga hari ini tidak menyokong pengguna malaysia (dan juga China! ).  Bagaimana mahu beli buku kalau tak boleh bayar?

Temuramah Saya Dalam Thenutgraph

Saya ditemuramah oleh wartawan Thenutgraph mengenai isu Akta Mesin Cetak, dan perbincangan mengenai keperluan akta ini disemak semula menjadi tajuknya PPPA Affects Business .

Jualan muzik melonjak naik dalam tahun 2008

Tetapi jualan album semakin merosot. Ini menurut artikel dalam USA today Music sales boom, but albums fizzle for '08. Jualan muzik yang paling pesat berkembang adalah dalam bentuk single track download, yang mencakupi 70% dari jualan keseluruhan industri muzik. Single track download mencatatkan 1.07 billion unit. Saya percaya trend yang sama juga sedang berlaku di Malaysia. Bezanya disini, single track download adalah melalui handphone. Kalau menurut satu rancangan TV Indonesia yang saya tonton baru-baru ini, mereka bergantung kepada jualan melalui caller ringback untuk menjual muzik secara sah. Salur distribusi tradisional seperti CD ddan kaset, sudah dipenuhi dengan produk cetak rompak. Menurut cerita dalam industri muzik, hanya beberapa kategori album masih bertahan - nasyid, lagu-lagu daerah (hanya berlaku di pantai timur), dan bacaan Al-Quran. Lain semuanya sudah hampir berkubur hari ini. Ini semua menunjukkan bahawa era digital sudah bermula dalam pasaran muzik. Tetapi, sampa...

Hipermarket - Pasar baru untuk buku?

Saya ada bercakap dengan seorang konsultan yang bisnesnya mencari lokasi retail untuk pelanggannya. Perbualan ini ternyata menarik kerana beliau memberi beberapa maklumat mengenai keadaan pasaran retail hari ini. Menurut beliau, sebelum ini beliau banyak menempatkan pelanggannya di mall. Namun, akhir-akhir ini beliau mula memberikan fokus kepada hipermarket dan beberapa pelanggan beliau sudah mula menempatkan outlet mereka di hipermarket. Dengan keadaan ekonomi yang semakin perlahan, beliau mendapati trafik pembeli mula perlahan di kebanyakkan mall. Hanya mall terbaik seperti Midvalley, KLCC dan Sunway Pyramid masih mengekalkan trafik mereka. Faktor utama pelanggannya memilih untuk membuka outlet di hipermarket adalah kerana kenaikan trafik pembeli di hipermarket akhir-akhir ini. Ini banyak diulas dalam kolum di akhbar bisnes kerana kesan downgrade oleh pengguna kepada produk yang lebih murah. Selain dari itu, desain hipermarket yang terkini sudah mula memasukkan konsep one stop cente...